Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Alhamdulillah, 16 Mei 2026, sempena Hari Guru di Malaysia, kami meraikannya bersama SK Tambak Pusa. Kita berbesar hati menerima kehadiran warga sekolah SK Tambak yang jauh jauh untuk majlis Hari Guru Mereka di Tandang Sari Avenue ini.. Kami sangat gembira menerima kehadiran semua.
Untuk makluman semua, SK Tambak ini adalah sekolah di Bahagian Betong, dan perjalanan dari Sekolah ini ke Tandang Sari Avenue ini tidak lah dekat, mungkin memakan 100km ++..jauh tu..
Terima kasih kerana menjadi Sekolah Pertama yang booking tarikh hari guru ni bersama kami… Terima kasih dah awal awal tahun dah booking dah tarikh ni..
Kami ucapkan selamat menyambut hari guru buat semua guru dan juga warga SK Tambak ini, semoga sentiasa bersemangat dalam berbakti kepada anak bangsa sebagai guru dan kakitangan sekolah.
Terima kasih sekali lagi kepada SK Tambak kerana mengadakan majlis penuh bermakna ini di Tandang Sari Avenue.
Sekian, Terima Kasih.




















No responses yet