Assalamualaikum dan apa khabar guys.
15 Mei yang lepas kita happy sangat kerana dapat sekali lagi bersama warga Sarawak Energy di Kediaman Pekerja Empangan Batang Ai sempena sambutan Pra Gawai..
Special kali ini adalah konsep makanan SHELLOUT!!
Alhamdulillah, kali ini menu shellout ini mendapat sambutan dan juga komen positif dari tetamu yang hadir.. Semua seperti berpuas hati dengan hidangan malam ini dengan ambalnya, udang, ketam, sotong.. dalam satu pinggan.. memang best.
Dan kami juga pulang dengan happynya kerana di akhir majlis, ramai dikalangan tetamu telah tapau shellout yang masih ada… kita risau mulanya kuantiti ni cukup ke tidak untuk tetamu kali ini.. tapi alhamdulillah.. dah kenyang pun masih ada lagi shellout di tray…!!
Ok guys.. kami happy sangat kerana diberi peluang menjamu semua tetamu yang hadir pada malam ini.
Terima kasih kepada pengurusan Batang Ai Power Generation kerana memberikan kepercayaan kepada Tandang Sari Avenue untuk majlis yang meriah ini.
Sekian, terima Kasih.









No responses yet