Alhamdulillah, selesai acara semalam, hari ini, diadakan pula mesyuarat untuk FELCRA Negeri Sarawak. Mesyuarat ni dengan kapasiti 50 orang dengan meja dan juga jamuan ditempatkan di tingkat 1 supaya ruang mesyuarat kekal kemas dan teratur.
Untuk mesyuarat begini, kita menyediakan capaian internet pantas percuma, 2 set TV bersaiz 75″, sebuah skrin yang mengahdap speaker, 5 pembesar suara disetiap sudut bilik mesyuarat memastikan kejelasan vokal pengerusi. Dan tempat yang selesa, sejuk, 4 bilik air yang sangat memudahkan urusan peserta mesyuarat.
Kami happy sangat kerana dapat memberikan keselesaan dan kelancaran dalam acara mesyuarat yang penting ini diperingkat Negeri.
Terima Kasih sekali lagi kepada FELCRA Negeri Sarawak atas kepercayaan dan juga keyakinan kepada Tandang Sari Avenue untuk menyempurnakan acara penting ini.
Sekian, Terima Kasih.










No responses yet