Assalamualaikum Guys!! Hari ini kita berkesempatan update sikit tentang satu pengalaman yang best untuk katering di Batang Ai, Lubok Antu.
Untuk katering kali ini, agak mencabar sikit selain jarak perjalanan lebih 1 jam dengan jalan yang bersimpang siur dan berbukit bukau.
Team kami dah berangkat seawal 6.30 am, dan persiapan satu jam sebelum tu untuk memastikan klien dapat menikmati Laksa Sarawak, Mee Kolok tepat pada waktunya..
Dengan 2 lokasi yang berlainan pada katering kali ini, alhamdulillah, ianya berjalan seperti yang dirancang.
dan Part paling best, hari ini kita berkesempat sekali lagi untuk masak Raja Ikan Sungai di Sarawak iaitu IKAN EMPURAU!!!
Memang teruja guys. Kita yang masak ni pun teruja, apatah lagi yang akan makan ini nanti untuk lunch…
boleh Check gambar last sebelum ikan tu dikukus!!
Memang best… dan yang penting memuaskan… terasa kepuasan kepada tetamu yang menikmati ikan tersebut.
Terima kasih Sarawak Energy Berhad yang telah berkali kali memberikan kepercayaan kepada Tandang Sari Avenue untuk melaksanakan tugas berat seperti hari ini, untuk tetamu mereka.. kami sangat berbesar hati atas kepercayaan yang telah diberikan.
kami sentiasa ALL-OUT dalam membantu klien kami mencapai kepuasan dalam perkhidmatan katering oleh Tandang Sari Avenue.
Sehingga bertemu lagi di masa akan datang.. dan untuk anda yang nak try Ikan Empurau, boleh tanya untuk harga ok? Kena book seminggu awal kalau nak try ikan empurau ni guys!!
Sekian, terima kasih.










No responses yet