Assalamualaikum & Salam Isnin guys!!
Memperkenalkan Mee Jawa Tandang Sari. Menu mee berkuah di Tandang Sari ini kita kini kembali untuk anda. Sesuai untuk sarapan pagi, atau sebagai menu pelengkap minum petang untuk anda.
Kebiasaannya, mee berkuah ini enak dinikmati pada waktu pagi, time kita break jam 10.. dengan minuman Iced Lemon Tea.. memang best..
Nak cerita sedikit sejarahnya. Mee Jawa versi ini telah kami telah lama diperkenalkan di Tandang Sari Sri Aman, sejak tahun 2012 lagi dengan nama Mee Rebus. Sebab itu, kalau anda perasan, kita ada gambar mee rebus ni di dinding kedai dan kita memang tak turunkan bersama gambar gambar legend yang lain seperti Nasi Lemak.
Dulu nasi lemak kita dibuat mengikut order, dan sekarang lebih sesuai dimakan didalam bungkus.. jadi sebagai mengingati bahawa menu ini pernah berjasa membantu ramai di kalangan anda semua breakfast, kita tak turun gambar tersebut.
Sama seperti Mee Rebus ini, sekarang kita jelmakan kembali sebagai Mee Jawa… sangat dekat di hati kita rakyat Sarawak.. mee jawa tersebut merujuk kepada mee yang berkuah seperti ini.
Semoga dengan ada nya menu Mee Jawa Tandang Sari ini, ia akan membantu anda menikmati pagi dengan sarapan yang best best…
Ok guys… sehingga bertemu lagi kita di Tandang Sari..
Sekian, Eat Good Do Good


No responses yet