Tandang Sari Avenue

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ini Tandang Sari Avenue happy sangat kerana dapat membantu Pejabat Kesihatan Sri Aman menyediakn ruang untuk mengadakan mesyuarat selama 3 hari termasuk jamuan sarapan, makan tengahhari dan minum petang selama 3 hari.

Dan dalam tempoh tersebut juga diadakan majlis makan malam untuk Pejabat Kesihatan Sri Aman.

Dalam tempoh ini, kita telah sedaya upaya menjadikan perjalanan mesyuarat, pergerakan tetamu kami lancar dan mudah untuk menjimatkan masa berharga. Untuk ruang makan, kita sediakan bilik khas supaya membantu peserta dapat menikmati hidangan dengan selesa dan cepat.

Walaupun terdapat acara lain sepanjang mesyuarat 3 hari ini, Tandang Sari Avenue telah berjaya menjadikan setiap event tersebut berjalan lancar dan teratur.

Terima kasih kepada Pegawai yang terlibat dalam urusan ini yang menjadikan acara ini dijalankan dengan jayanya.

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan kepada Tandang Sari Avenue untuk menguruskan ruang mesyuarat, menyediakan jamuan untuk kali ini.

Semoga bertemu lagi di acara yang akan datang.

Sekian Terima Kasih.

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish