Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tandang Sari-Tandang Sari Sri Aman

Alahmdulillah, syukur hari ini dah hari ke-8 kita berpuasa… Happy sangat kerana dapat berbuka bersama di Tandang Sari petang tadi.

Syukur juga kerana kita diberi nikmat hujan yang menyuburkkan tanaman dan sayur-sayuran. yang mena beberapa minggu yang lepas, bekalan sayur agak berkurangan kerana kebanyakkan pekebun tidak mendapat hasil seperti yang sepatutnya. Untuk geng yang jalan jalan carik sayur awal awal pagi mesti tahu yang panas kering beberapa minggu sebelum ini menjadikan bekalan sayur berkurangan di Sri Aman.

Alhamdulillah, dengan suasana yang agak basah dengan hujan yang lebat masa tarawih tadi memang menjadikan suasana di Bandar Simanggang ini hening dan dingin.. tadi sempat menghirup kopi panas sambil dibelai suasana dingin di Tandang Sari..

Ok, berbalik kepada berbuka tadi, kami happy sangat dengan kehadiran tetamu hari ini. Terima kasih atas sokongan anda.. ada yang tapau, dan ada yang makan malam (Makan sebelum berbuka untuk rakan non-muslim). Dan ada yang datang juga selepas time berbuka.

Untuk pengetahuan, kita buka kedai seperti biasa pada jam 2 petang, untuk anda yang nak minum petang dengan Roti Arab, Mi Kolok, Laksa Sarawak dan Cucu campur bolehlah datang. Lauk Pauk pun kita start hidang jam 2.00 petang beransur ansur banyak sehingga jam 5.30 petang.

Dan untuk anda yang nak berbuka di Tandang Sari, anda hanya perlu call atau whatsapp ke 011-6542 7008 untuk tempahan ok. Simpan nombor ini untuk kegunaan anda masa memerlukan.

Ok guys, dalam gambar ni kita buat Ayam Muda Bakar Madu dan esok kita bakar Sayap Ayam untuk dan menggunakan mesin rotisserie atau mesin bakar golek ini..

Insyallah, bertemu lagi kita esok dan di masa yang lain.

Sehingga bertemu lagi, sekian, Eat Good Do Good.

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish