30 Disember 2025, Dinner Pengurusan FELCRA Kawasan Batang Lupar.

Tandang Sari Avenue

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kita sekarang dah berada di tahun 2026. Dan posting malam ini adalah event penutup untuk tahun 2025.

Terima kasih kepada pihak pengurusan FELCRA Berhad Kawasan Batang Lupar atas event yang penting malam ini.

Terima kasih kami buat semua yang telah bersama sama meraikan pelbagai jenis majlis di Tandang Sari Avenue ini !! Kami hargai sokongan anda semua terhadap Tandang Sari Avenue.

Alhamdulillah, tahun ini juga kita telah menaiktaraf beberapa sudut perkhidmatan kami agar keberadaan anda di Tandang Sari Avenue terasa senang dan memudahkan. Dan dalam 2025 yang lepas, kami berusaha meningkatkatkan lagi mutu pengelaman anda semua semasa berada di sini, dengan menambah sepeaker (ni anda tak perasan kan?) kerana ada cadangan dari pelanggan kita yang merupakan seorang artis rakaman untuk pengalaman menyanyi yang lebih berkualiti dan professional.

Dan untuk tahun 2026 ini, insyallah, kami akan bersedia untuk membantu ramai lagi di kalangan anda yang nak buat event di Tandang Sari Avenue ini agar ramai yang mendapat manfaat dari mutu hidangan kami sehinggakan mutu perkhidmatan kami.

Sekali lagi terima kasih atas sokongan anda semua.. dan semoga berjumpa lagi pada masa akan datang pada tahun 2026 ini.

Sekian, Terima kasih.

Eat Good Do Good.

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish