TERIMA KASIH SEMUA !!

Tandang Sari Sri Aman

Sempena Pesta Benak yang berlansung 19-21 September 2025, Tandang Sari mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada semua yang hadir dan menikmati hidangan di Tandang Sari Sri Aman.

Terima kasih ini ditujukan khas buat anda semua yang datang berkali kali semasa pesta benak… kita perasan, ada di antara anda yang datang untuk breakfast sejak 6.30am lagi, time lunchtime pun datang, dan time malam pun datang… Terima kasih kerana bersahabat setia di Tandang Sari walaupun dalam tempoh yang singkat ini.

Untuk yang datang kali pertama, selamat datang ke Tandang Sari Sri Aman. Mungkin sebelum ini, hanya pernah melihat posting Tandang Sri di media social, tapi kali ini sempena pesta benak ada dikalangan anda yang datang mencuba sendiri makanan lauk pauk di Tandang Sari…

Terima kasih semua atas support.. Kami happy sangat sebab dapat membantu ramai di kalangan anda semua menikmati juadah dan hidangan khususnya makanan untuk breakfast, lunch dan dinner. Kita tak henti henti refill lauk sepanjang 3 hari pesta benak berlangsung.

Untuk warga Sri Aman, terima kasih kerana memahami sedikit perunahan dalam perjalanan operasi kami sepanjagn pesta benak. Untuk yang biasa makan di Tandang Sari, kali ini kita dah tukar cara pembayaran kepada konsep bayar terus untuk makanan di meja buffet. Langkah ini adalah sangat baik untuk kepentingan pelanggan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh yang sibuk ini, kita dah berjaya mengoptimumkan urusan pembayaran kepada 2 kaunter yang boleh beroperasi serentak. Jenis pembyaaran yang pelbagai untuk memudahkan anda semua membuat bayaran..

Dan perubahan serta persediaan yang kami lakukan adalah untuk membantu anda semua agar cepat dan memudahkan semua pelanggan Tandang Sari.

Dan sepanjang Pesta Benak tahun ini, penggunaan tandas di Tandang Sari alhamdulillah, lancar. Kerja baikpulih tandas yang kita telah lakukan sebulan yang lepas telah berjaya mengelakkan dari berlakunya kesumbatan, bau di dalam premis dan bajir. Alhamdulillah, kali ini walaupun penggunaan tandang di Tandang Sari sangat tinggi, semuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang kita tidak ingini berlaku.

Akhir kata, sehingga kita berjumpa lagi, dan staff kita sempat juga ambik sedikit snapshot sepanjang pesta benak yang lepas.

Terima kasih kerana sporting sangat dengan lensa kamera kami. Bagi yang ada gambar tu bolehlah share dan tag kita ok? Yang tak masuk gambar tu kena datang lagi ke Tandang Sari ok?

Terima kasih guys…Tandang Sari Loves you all..

Sekian, Terima Kasih.

Eat Good Do Good.

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish