6 Oktober 2025, Majlis Makan Malam untuk Rombongan CEO Sarawak Energy Berhad

Tandang Sari Avenue-Tandang Sari Signature

Alhamdulillah, kali ini kita sangat berbesar hati menerima kehadiran orang kuat nombor 1 Sarawak Energy iaitu Datuk Haji Sharbini Suhaili dan juga rombongan beliau untuk makan malam di Tandang Sari Avenue.

Kali terakhir Datuk dan rombongan pernah makan di Tandang Sari adalah sekitar tahun 2018-2019 di lokasi lama di Bangunan Yayasan Sarawak. Dan ini adalah kehadiran Datuk yang pertama di Tandang Sari Avenue.

Dan istimewanya, ada 1 lagi Team SEB juga menempah untuk makan malam di Tandang Sari Avenue, dan tempahan ini agak special sebab kita terpaksa buka juga ruang yang belum pernah kita buka sebelum ini iaitu di Tandang Sari Signature.

Jadi secara tak langsung ruang ini telah dirasmi guna oleh Team SEB pula…

Tandang Sari Avenue dan seluruh warga Tandang Sari happy sangat dapat serve dan menghidangkan makanan untuk Datuk dan rombongan.

Sehinga bertemu lagi di masa yang akan datang..insyallah..

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish