Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, semalam kita happy sangat kerana dapat bersama & memyediakan Jamuan Makan Malam team JKR Sarawak bersama Timbalan Pengarah… dengan menu Talapia Stim Halia ni tuan Timbalan berpuas hati dengan hidangan yang kita sediakan.
Dan awal pagi tadi..di keheningan pagi dan hujan rintis rintis, team kita telah berjaya menyediakan set breakfast untuk tetamu khas dan VIP untuk Benak Run kali ini.. Kita hidangkan Nasi Lemak Bungkus, Ayam Goreng Berempah dan beberapa lagi lauk yang sesuai dengan pagi ini…
Alhamdulillah, happy sangat team kami, kerana misi pagi ini juga telah berjaya dihidangkan dengan baik.
Akhir kata, terima kasih kepada JKR Sri Aman yang telah menghubungi pihak kami untuk menjadikan event kali ini mendapat Thumbs Up dari tuan Timbalan Pengarah.. Tahniah atas kejayaan penganjuran Benak Road-Trail Run tahun ini…
Sehingga bertemu lagi kita di masa yang akan datang…
Terima Kasih.












No responses yet