12 Rabiulawal 1447H bersamaan 5 September 2025.
Sesungguh kehadiran Rasulullah telah memberikan kita contoh perjalanan hidup yang membawa kita memahami erti sebenar KEJAYAAN atau AL-Falah.
Dalam fasa kehidupan baginda dari usia yang sangat muda, baginda bekerja bermodalkan amanah dan kerajinan sehingga mendapat gelaran Al-Amin. Setiap pekerjaan yang baginda ceburi sebelum diangkat menjadi nabi adalah pekerjaan yang berjaya. Dalam urusan Dakwah juga, kejayaan baginda ini boleh kita rasakan sehingga ke saat ini di mana dakwah baginda kini semakin berkembang pesat.
Makna Al-Falah itu sendiri membawa erti kejayaan yang hakiki, adalah matlamat yang diimpikan setiap Muslim, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mu’minun yang bermaksud “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mu’minun: ayat 1-2)
Marilah kita berusaha dan bangkit untuk mencontohi tauladan, akhlak baginda yang menjadikan usaha beliau dalam apa jua bidang sangat berjaya dan kekal berjaya.
Sekian, Salam Maulidur Rasul dari kami di Tandang Sari.

No responses yet