9 September 2026, Kursus Kesedaran Dan Pencegahan Penderaan Serta Keganasan Seksual dalam Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja, Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Tandang Sari Avenue

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekali lagi kita bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman telah mengadakan Kursus dan Berbengkel. Kali ini meriah sikit kerana dihadiri oleh Guru-Guru, IbuBapa, Ketua Masyarakat dan juga wakil wakil jabatan di Bahagian Sri Aman.

Kami di Tandang Sari Avenue sangat berbesar hati dan berbangga kerana telah menjadi venue untuk kursus yang penting ini. Dengan rekomendasi dan juga sokongan berterusan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, kursus kali ini telah memenuhkan ruang bilik terbesar di Tandang Sari Avenue.

Kami juga happy dapat menyediakan kemudahan yang kondusif, seperti kemudahan Audio dan Visual yang jelas sepanjang kursus, sambungan internet laju untuk kegunaan peserta dan kelancaran aktiviti ini.

Semoga yang hadir ini berpuas hati dengan mutu penganjuran di Tandang Sari Avenue.. dan yang paling penting, objektif kursus ini telah mencapai objektifnya.

Terima kasih sekali lagi kepada Dr. Miruna atas kepercayaan dan sokongan kepada Tandang Sari Avenue untuk menjadi venue untuk kursus dan juga bengkel kali ini..

Semoga bertemu lagi di acara yang akan datang, sekian, Terima Kasih.

Eat Good Do Good.

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish