Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga kita update posting untuk event kali ini. Event ini agak penting dan significant dengan Tandang Sari Avenue.
Perpindahan Puan Zaifa ke stesen bertugas yang baru pastinya akan memberikan perassaan kehilangan buat kami. Ini kerana Puan Zaifa merupakan pemangkin kepada event event kesihatan, terutamanya yang melibatkan Tandang Sari Avenue.
Terima kasih kepada Puan Zaifa atas kepercayaan kepada Tandang Sari Avenue untuk mengdakan pelbagai jenis event, pelbagai mode penyampaian yang telah memberikan kami pengalaman demi pengalaman untuk menjadikan penganjuran event di Tandang Sari Avenue lebih baik dari masa ke semasa.
Dengan peluang inilah , kami menjadi sangat yakin akan kemampuan kami untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami yang lain. Standard dari pejabat Kesihatan, pejabat Puan Zaifa sangat tinggi… dan menjadikan penganjuran di Tandang Sari Avenue juga terikut ikut akan kualiti tersebut.
Terima kasih Puan Zaifa atas sokongan, pandangan dan juga dorongan kepada Tandang Sari Avenue.
Selamat bertugas di stesen yang baru…
Sekian, Terima Kasih.
Eat Good Do Good.
























No responses yet