Alhamdulillah, pada 14 April yang lalu, kita telah bersama pihak BERNAS telah mengadakan latihan secara hands-on berkaitan sistem yang berkaitan.
Untuk sesi latihan dan pembentangan begini, kami sediakan satu sambungan HDMI ke komputer pencerama dari pentas yang boleh terus di pancarkan ke skrin kami termasuk audio yang berkualiti.
Tiada sambungan yang leceh dan menyusahkan. Staff kita akan bantu agar ianya mudah dan membantu melancarkan proses pembentangan.
Dengan paparan yang jelas, sistem bunyi yang baik, maka penyampaian nanti juga akan memberikan impak dan kesan kepada audience anda… begitulah…
Begitulah kami memberikan nilai tambah kepada event anda di Tandang Sari Avenue.
Disamping makanan yang enak enak dan menyelerakan, pastinya kami menyediakan ruang yang lengkap dan memberi keselesaan kepada audience dan juga klien kami…
Terima kasih kepada BERNAS atas program yang simple, berkesan dan juga menyeronokkan ini.
Sekian, Terima Kasih.
Eat Good Do Good.







No responses yet