
Hi guys! Alhamdulillah. Satu lagi berita gembira buat anda semua. Tandang Sari Avenue kini telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Satu lagi milestone untuk jenama catering dan event space yang kami telah ceburi sejak penubuhan Tandang Sari 2004 yang lepas.
Dan melalui penjenamaan Tandang Sari Avenue, seksyen katering ini menjadi lebih bermakna dan memberikan impak yang lebih utuh dalam operasi dan perancangan di masa yang akan datang.
Terima kasih kepada semua team kami yang telah berusaha dan bersusah-payah menjayakan semua proses pensijilan HALAL ini.
Semoga, berita ini memberikan anda semua keyakinan yang tinggi dalam kualiti masakan dan juga service di Tandang Sari Avenue. Kami sentiasa menerima pandangan dan feedback anda semua untuk ruang penambahbaikan. Semuanya untuk kepentingan dan juga keselesaan anda semua.
Terima kasih semua atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Tandang Sari Avenue.
Terima Kasih Guys.. terima kasih semua,

No responses yet