18 OKTOBER 2025, Katering Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak.

Tandang Sari Avenue

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Throwback Sabtu lepas, Sri Aman sekali lagi menjadi venue pilihan untuk sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.

Tandang Sari Avenue sangat berbesar hati kerana dapat membantu pihak kementerian Belia & Sukan untuk menyediakan juadah untuk sarapan / minum pagi untuk VIP.

Alhamdulillah, kali ini perkhidmatan katering berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa perubahan di saat saat akhir. Atas persediaan, peralatan yang sesuai dan juga team yang berpengalaman, perjalanan menghidangkan makanan sangat lancar dan tenang.

Suasana tenang di ruang VIP pagi tersebut membuatkan kami dapat bekerja dengan lancar dan tenang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan katering kali ini baik secara langsung mahupun melalui pandangan dan idea yang bernas.

Sekian. Terima Kasih.

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish